Saturday, May 16, 2015

tak ingin MAAFKAN

dalam kereta tadi terfikir satu perkara. ada kalanya kita tak pernah tahu sejauh mana apa yang kita lakukan mempengaruhi orang yang pernah hadir dalam hidup kita. kalau apa yang berlaku itu memberi kebaikan, memberi inspirasi tidak menjadi masalah. tetapi jika apa yang kita tinggalkan hanyalah dendam yang tak pernah ada kesudahan, dan kita tak pernah menyedari. kepada yang pernah mengalami situasi ini akan benar-benar memahami apa ingin dikatakan.

memang ALLAH izinkan apa juga yang berlaku adalah atas kehendaknya dan setiap apa yang berlaku ada ujian untuk insan berfikir dan mensyukuri.

namun sebagai manusia, masih juga belum mampu untuk melupakan.. malah masih terfikir-fikir sudahkah hati ini memaafkan.

mulut yang tidak bertulang kadang melampaui fizikal. biarla orang nak cakap apa pun hanya hati yang memahami sahaja yang mampu mengerti.

malas nak fikir tapi dalam kepala masih juga terfikir-fikir... haish.. kacau betulla..

No comments:

Post a Comment