Sunday, May 17, 2015

asik jumpa CUCU CICIT

progress.. masih tak banyak.. heran walaupun dah PD tapi kenapa konsep susah betul nak paham. patutla selalu di sebut.. bukan senang nak capai 'mastery' dalam bidang research.. memang tak senang

paling tension bila yang dok focus rupanya cuma cucu cicit.. yang perkara asal tok nenek pula yang tak jumpa.. susah jugak la macam ni..

hari ni jumpa member yang tengah buat master. memang ada masalah yang sama nak memahami konsep. cuma untungnya konsep tu cuma yang dibincangkan dalam kelas. lebih mudah sebab apa yang perlu dibuat cuma buka textbook.. cuma yang menjadi masalah tambahan bila buka textbook pun tak paham... mmg punggah la jawabnya..

back to my study... alahai.. bila la agaknya boleh dapat link..? cam no examiner tu boleh dapat senang ja .. yang kita ni ka.. terkedek-kedek godek pi mai pi mai.. tak jumpa pun... hadoi la aiiiiii....

Saturday, May 16, 2015

tak ingin MAAFKAN

dalam kereta tadi terfikir satu perkara. ada kalanya kita tak pernah tahu sejauh mana apa yang kita lakukan mempengaruhi orang yang pernah hadir dalam hidup kita. kalau apa yang berlaku itu memberi kebaikan, memberi inspirasi tidak menjadi masalah. tetapi jika apa yang kita tinggalkan hanyalah dendam yang tak pernah ada kesudahan, dan kita tak pernah menyedari. kepada yang pernah mengalami situasi ini akan benar-benar memahami apa ingin dikatakan.

memang ALLAH izinkan apa juga yang berlaku adalah atas kehendaknya dan setiap apa yang berlaku ada ujian untuk insan berfikir dan mensyukuri.

namun sebagai manusia, masih juga belum mampu untuk melupakan.. malah masih terfikir-fikir sudahkah hati ini memaafkan.

mulut yang tidak bertulang kadang melampaui fizikal. biarla orang nak cakap apa pun hanya hati yang memahami sahaja yang mampu mengerti.

malas nak fikir tapi dalam kepala masih juga terfikir-fikir... haish.. kacau betulla..

Friday, May 15, 2015

memerlukan sedikit MOTIVASI diri

lebih senang nak bagi motivasi pada orang lain terutamanya student berbanding dengan diri sendiri. Malam tadi sempat text msg dengan student yang bertanya pasai studyku ini. sudah tentu sahla sangat tunggang langgang.

tak tahu apa badinya.. bila jadi student ja.. semua benda jadi tak tentu arah dan tak teratus. tambah macam dok study la ni.. jadi lagi tak ketahuan. macam ada beribu-ribu perkara yang nak kena buat.. tapi semuanya tak terbuat.. huhuhu..

penat kot ..

tu pasai try hadap BLOG balik.. kot2 ada motivasi di hujung jari.. harapnya..