Friday, February 15, 2013

HIKMAH disebalik yang berlaku

sejak balik dari sekolah dengan TUJUAN 2 yang sangat memilukan ... terpaksa juga hadap apakah yg ditulis dalam proposal .. sah memang diri sendiri baca pun tak paham .. al-patut sangat la kena cincang ...

memangla .. menung sungguh dok baca  macam mana la gamaknya nak betulkan silap .. dan kat mana pulak boleh diperbaiki .. benda ada depan mata tapi tak tau macam mana nak mengatuq dengan baik ...

semalam .. p jumpa SV2 kat sini ... ada la dapat clue .. tp masih lg clueless ... akhirnya balik ke rumah petang semalam dengan keadaan serabut yang tersangkut dalam fikiran ... ala-ala macam telan tak lepaih lekat pulak kat kerongkong ...

semasa dalam perjalanan balik .. dengaq radio IKIM dan antara perbincangan yang menarik ialah bagaimana nak transform JIWA .. jemputan tu ada cakap .. setiap orang kena tahu apa yang kita buat .. malah kenapa kita belajar ..

dibawakan juga satu cerita yang menarik pada zaman sahabat, ada sorang lelaki yang membuat tingkap untuk rumahnya .. lalu ditanya .. kenapa kamu buat tingkap? lelaki itu menjawab supaya masuk angin .. lalu beliau telah diberitahu .. sekiranya kamu menukar niat membuat tingkap kerana ingin mendengar azan dengan lebih jelas bila berkumandang .. itu lebih baik kerana selagi mana tingkap itu ada dan azan didengar berkumandang melalui tingkap itu .. maka selama itu lah kamu beroleh kebaikan ...

kesimpulan yang penting ialah, jika ingin melakukan sesuatu .. dahulukan ALLAH .. malah untuk belajar juga dahulukan ALLAH kerana bila dah baik, baru kita mampu bersuara dengan impak untuk menegakkan agama ALLAH ini ...

dan juga ditambah lagi dengan seorang pelajar ini hingga umur 15 tahun masih tak mampu untuk bersaing dalam pelajaran .. lalu dimasukkan ke dalam bengkel transform jiwa .. dan apa yang berlaku karekternya telah bertukar kerana keinginan beliau untuk mendapat keputusan yang baik bagi menegakkan agama ALLAH .. kerana katanya cuma satu .. tiap ILMU yang dipelajari adalah milik ALLAH dan manusia hanyalah pelaksana .. jika lakukan untuk ALLAH dan berharap hanya padanya .. tentu saja ALLAH akan permudahkan urusan untuk dekat pada ilmunya .. masya ALLAH ..

satu petang yang santai tetapi mendapat ilmu yang sangat berguna ..

jadinya .. pagi ni dengan keadaan datang ke opis yang semakin semak dan samun dengan entah apa-apa barang ... dengan niat .. ya ALLAH .. ilmu yang ingin aku cari ini ILMUmu ... dan apa yang ingin aku perolehi untuk mendapat ILMU ini adalah urusanmu .. kalau ianya baik untuk aku .. permudahkan jalan untuk aku mengurai kekusutan ini ..

dengan izin ALLAH .. di petang jumaat yang permai ini .. berdasarkan clue yang clueless dr SV2 .. dapat akhirnya dirungkai permasaalahan ini ... syukur ALLAH atas rahmat yang diberi .. kerana inilah kunci untuk memulakan musafir dalam satu perjalanan yang sangat jauh .. sangat panjang .. dan sangat sepi ... hanya padamu ALLAH aku mengharap .. permudahkan urusanku ini .. AMIN

terima kasih juga kepada panel yang telah melaksanakan tugas dengan baik dalam menilai proposal ini .. kepada ex-boz yang sangat banyak membantu .. sahabat-sahabat RO yang memberi pendapat dan komen yang sangat berguna .. Prof, SV2, COM3 ...memang sebenarnya ada hikmah disebalik yang berlaku ..

semoga nota ini terus menjadi pedoman dan ingatan untuk diriku yang mudah lupa dan selayaknya bergelar hamba ..

~ selesai

No comments:

Post a Comment